Saturday, January 10, 2009

CARA-CARA SOLAT ISTIKHARAH

Solat sunat dua rakaat seperti biasa,tetapi yang berbezanya cuma sama ada ditetapkan surah apa yang patut dibaca atau tidak.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam-imam Mazhab:a. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab(sunat) setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun di dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas di dalam rakaat kedua.b.

Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.Oleh itu terpulang pada individu untuk membaca surah mana-mana pun.Bila masanya perlu membaca doa yang diajarkan Nabi dalam solat Istikharah.Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra mengatakan:"Boleh berdo'a di dalam solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan berdo'a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam masih di dalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.

"Doanya begini:

اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بهِ

Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya'"(HR Bukhari)

Setelah membaca doa ini,hajatkanlah apa yang diinginkan.

1 comment:

Anonymous said...

thanks...sy tgh buntu utk menilai intan n permata...antra dua..satu dh wujud d hati 7thn lamanya..tp cinta makin pudar warna..satu lg datang smggu slpas sybgelar tunangan org..Ya Allah kenapa ujian ni jd kpd ku...sayunk ku pada 2nd guyz Maha Hebat..menepati cita rasa yg d idam kan..tetapi......