Monday, January 26, 2009

Assalamualaikum

baru je balik dari pahang arini..mcm2 jadi..Ya Allah.Nak gile aku di buatnya..Sampi arini aku x betul lagi ni..aku bwk kete semlm pun nasib baik x jd pape..ade jgk la nyaris2..biase la balik mlm..mate ni bukan nampak sgt pun..nk suh kawan2 bwk aduyai..Tp alhamdulillah selamat gak aku sampi kol 1 pg td..tepakse bercuti 1 hari je..kalau x 2 hari..disebabkn perkara yg berlaku di laut semalam dan kisah berlaku keatas keluarga aku..membuatkan percutian yg pttnye jd gembira bertuka menjadi suasana sedih..semlm je kat laut cherating tempat aku bercuti 2 org lemas..1 kanak2 1 dewasa..yg kanak2 ni berlaku depan mate kitrg..bile ayah die bwk 2 org anknye mandi laut..tempat tu kalau tgk memg cetek..sekali ade satu mcm selut kebawah..ayah nye dan 1 org ank die sempat diselamatkan oleh seorang mat salleh..kebetulan mase tu die je ade dekat2 situ yg perasan..seorg nak selamtkan 3 org..memg xsempat..tp 1 org x sempat..Aku tgk ayah die dah mcm x tentu arah..bile anak die yg sorg tu x sempat nak di selamatkan..bygkanlah kehilangat seorg anak..Ya allah..Kalau aku,aku lagi rela suruh selamatkan anak aku daripada aku..puas ktrg cari anak die lagi sorg tu..Sampi aku pun hampir2 la lemas..Alhamdulillah selamat..ombak memg kuat semlm..tp mayat magse kanak2 tu jumpe pukul 3 ptg..terauma di buatnye aku..sebb bende ni jadi depan mate aku..kali petame dlm hidup aku bende ni jd depan mata..Ya Allah..Sampi arini terbayang2 aku muke anak die yg lemas tu..aku hanye mampu berdoa je..baru je jd kes ni..kol 4.30ptg tu aku dapat 1 panggilan dari mak aku..mule2 aku x dgr..sbb ckp tersangkut2 mase tu suare mak aku nangis2..tambah lagi x sedapt ati aku..kenape pulak nangis ni..Tibe mak aku ckp bakal tunang abg aku dah kembali kerahmatuallah..Ya Allah..aku pulak yg jd x tentu arah..walaupun wanita tu bkn lagi ahli keluarga aku..tp die bakal jd ahli keluarga aku..betambah la gile aku mase tu..Ya Allah..mase tu ape yg aku pk..sempat ke aku balik ni sebelum kebumi..bygkan la pukul 4.30 mase tu ade kat pahang..xkan sempat punye..mase tu aku bwk kete pun dah x tentu arah..kene pulak mak aku nangis2..aduh..kosong mase tu fikiran aku..nak cite kat kwn aku..diorg pun tgh trauma..zikir jela nak tenagkan hati..walaupun mase tu dah separuh gile sikit..ape dirg ckp kat aku..lyn x layan je aku..Mcm mane la perasan abg aku..sian die..Nasib baik die seorg yg tabah..pg2 td dah kuar g kubur bwk yasin..aku tau die tgh sedih2..aku yg xde kenemengena pun rase sedih..ni kan die..huhu..cmne la die nak tempuh seharian die..wanita tu baik sgt,alim..tp syg..Allah lebih sygkan die..Baiknye wanita ni mcm wanita yg aku kenal ni..cukup baik..aku kehilangan die pun rase sedih..ni kan abg aku..kehilangan die tanpa kembali..Ya Allah..Sume yg berlaku ni ade hikmahnye..Sejak kita 6bulan dalam rahim ibu kita..3 perkara yg telah ditentukan oleh Allah..Ajal maut kita,rezki kita dan last..jodoh kita..
itu sume dah ditentukan..Ape yg berlaku semlm betul2 menguji aku..walaupun skrg tgh x menentu..sini jela dapat aku luahkan..Semoga Roh kanak ni dan Ida dicucuri rahmat,semoga roh mereka berada bersama org2 yg beriman..Amin

Al-Fatihah

Sunday, January 18, 2009

Assalamualaikum..

Bosanye arini..xtau nak buat ape..hehe..Jam menunjukan pukul 2.13pm..huhu..lame lagi nak abis keje..byk lagi x cuci tandas lagi..hehe..mcm ni la hidup seorg pencuci tandas..bosan sebenarnya..nasib baik la kat tandas ni ade pc..leh la lepas kan bosan dgr lagu2 nasyid..Cewah..belagak la pulak..Tp tula..bile bosan2 mcm2 ni teringat kisah2 yg lame berlaku..kadang2 tu sedih pun ade..byk sedih dari suke..aduyai..ape sj yg aku ngarut ni..wahaha...iklan2...Ade lagi 5 tandas belom basuh..malasnya..Tp xleh malas2..kene cr duit byk2..Nak khwen ooo..hehehe..Ngarut lagi aku ni..wahaha..aduyai..Sape xnak khwen kan..sume nak khwen..Tp wanita sekarg ni nak yg hensem2 je..Muke ni dah la xensem,dah la xensem cuci tandas lak tu,duit pun x berape nak ade..hahaha..Xpela..org cakap jodoh x kemane..ade jodoh ade la..xde xdela..huhu..tp teringat gak ade sorg ni ckp..kalau xde usha nak cr jodoh..xkan wanita tu nak turun dari langit...emm..betul gak tu..tp kalau dah usha..xdapat nak wat cmne..ha ha ha..iklan2..ape cite pasal jodoh ni..hehe..Sabtu ahad ade klas..emm..nampaknye bulan 6 ni dah abis belajo..huhu..Nak sambg ke xnak ye..kepale ni dah berat sgt..hehehe..Tp kalau x belajo lagi nanti duk keje cuci tandas je..wahaha...Kalau Sambg belaja..Xsempat nak kumpul duit buat khwen..Ni la susah jd laki ni..dah berumur pk nak khwen..Skrg ni wang hantaran dah Tinggi..siap main belawan2 lagi..ha ha ha..Xpela..nak letak byk2 pun letak la..tp ingat Rasuluallah S.a.w ade sebut..Mulianya seorang wanita adalah cepat nikahnya,murah maharnya dan ramai zuriatnya..emm..cmne..huhuhu..Asik cite pasal khwen je..dah nak khwen ke aku ni..belum lagi..x cukup duit lagi..Br tulis byk ni..dah xde idea....xpe2..kalau ade aku tambah lagi..wahaha..nak g sambug keje Cuci tandas ni..kang boss mara..hehehe..Salam

" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..tetapi Ya Allah....

Seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."

Wednesday, January 14, 2009

Rasulullah Lihat Rahsia Di Syurga

JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya.

Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj.
Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan.

Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril.

Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah SAW berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu.

Selepas itu, keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.

Rasulullah SAW terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke kolah Rasulullah.

Timbanya seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah SAW dari syurga itu.

Diriwayatkan, di dalam syurga mengalir beberapa sungai yang airnya datang dari sumber mata air Sungai Firdaus dan ada beberapa sungai yang namanya diberi sesuai dengan sifat airnya seperti Sungai Air Jernih, Sungai Susu dan Sungai Madu.

Al-Quran juga ada menyebut mengenai rumah atau mahligai di syurga. Riwayat Haizh Abubakar Al-Ajri daripada Imran Hashim dan Abi Hurairah menyebut: “Bahawa mahligai-mahligai di syurga tercipta dari Lu’Lu’ dan pada tiap-tiap mahligai itu ada 70 kampung dari yaqut yang merah, pada tiap-tiap kampung ada 70 rumah daripada zamrud hijau.”

Mengenai tumbuhan pula, digambarkan bahawa batang pokok dibuat daripada emas dan nikmat buahnya tidak dapat digambarkan oleh manusia.

Ada pokok yang dinamakan Sidratul Muntaha yang jauh tempat yang dinaungi oleh pokok itu adalah 70 tahun dengan menaiki kuda dan lebar daunnya mampu menutup sesuatu umat, setiap daun ada malaikat dan berwarna-warni adakala bertukar jadi intan baiduri.

Fungsi bidadari pula adalah untuk menghibur dan melayani serta menjadi jodoh (isteri) lelaki mukmin ahli syurga dan keadaan bidadari itu digambarkan dalam al-Quran: “Dan akan melayani atau menghibur mereka bidadari yang seperti mutiara tersimpan (molek dan cantik). Dan kami jodohkan mereka dengan bidadari.”

Tuesday, January 13, 2009

Couple Itu Haram

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.Mengapa Ber’couple’ Haram?


Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.


Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).
Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.


Daripada artikel Iluvislam


Wallahua’lam.

Monday, January 12, 2009

Kekejaman Yahudi Laknatullah

Ya Allah Selamatkan Lah Mereka



Wahai Saudara Islam Ku Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Gadis Dihantui Dosa Silam Dgn Bekas Kekasih

SAYA gadis berusia 26 tahun dan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hati yang direstui keluarga. Apa yang menghantui diri adalah dosa silam dengan bekas kekasih.
Bakal suami mengetahui kisah saya yang pernah bercinta, kemudian berpisah kerana keluarga tidak merestui perhubungan kami.
Namun, bakal suami selalu bertanya apa yang kami lakukan pada masa lalu.
Dia mengharap saya tidak melakukan perkara bertentangan dengan agama.
Patutkah saya memberitahu bakal suami bahawa kami pernah tidur sekatil (tidak berzina)? Saya amat menyesali apa yang berlaku.
Tunang ingin tahu apakah yang telah saya lakukan dengan bekas kekasih. Katanya, kasih sayangnya kepada saya mungkin tergugat jika mengetahui perkara itu daripada orang lain.
Dia mahu mengetahuinya kerana mungkin menerima saya selagi berkata benar dan menceritakan keseluruhannya.
Dalam hal ini patutkah saya berkata benar dan menceritakan keburukan dan kesilapan lalu.Siapakah lagi yang boleh menutup aib sendiri jika saya yang membukanya?
Apakah perasaan bakal suami apabila mengetahui bahawa kami pernah tidur sekatil?
Adakah dia benar-benar dapat menerima saya selepas itu? Saya ingin tahu adakah saya sekufu dengan bakal suami dan patutkah teruskan hubungan ini? ADIK DALAM DILEMA,Johor Bahru, Johor.

Jawapan:

RASA sesal atas kesalahan yang pernah dilakukan pada masa silam adalah antara tanda taubat diterima. Tidak pernah ada seorang pun di dunia ini yang tidak melakukan kesalahan.
Baik kesalahan itu kecil atau besar. Sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan dan dosa adalah bertaubat dan meminta ampun daripada Allah.Perasaan adik yang rendah diri kerana mendapat pasangan yang ‘baik’ itu adalah akibat daripada perasaan berdosa terhadap perbuatan masa silam. Adik berhak mendapat seorang suami yang soleh setelah bertaubat dan bercita-cita menjadi wanita solehah.
Pernahkah adik membaca kisah sahabat Nabi Muhammad SAW, tidak sedikit daripada mereka yang dulunya hidup dalam keadaan jahiliah. Minum arak, berzina, berjudi, makan riba dan membunuh anak perempuan kerana malu. Itu adalah antara kebiasaan masyarakat kafir Arab pada masa itu. Namun, kemudian mereka bertaubat dan memeluk Islam.
Jadi keIslaman mereka menghapus semua dosa yang pernah dilakukan sebelumnya. Kenyataan sejarah menunjukkan sahabat adalah orang terbaik sepanjang sejarah umat Islam. Nabi Muhammad pernah mengatakan bahawa kurun masa hidup sahabat itu sebagai ‘khairul qurun’ iaitu masa terbaik untuk umat manusia.Dengan melihat kepada apa yang berlaku pada diri sahabat, tidak salahnya adik sekarang melakukan perkara sama. Berhenti terus melakukan dosa, bertaubat dan minta ampun kepada Allah.
Hapuskan semua kisah memori masa lalu yang kelam dan ganti dengan lembaran hidup baru yang putih bersih.Beritahu tunang adik, bahawa adik tidak pernah berzina dan masih suci.
Minta dia cuba memahami hakikat kehidupan yang dilalui.
Kita pasti melalui dua fasa iaitu fasa jahiliah dan Islam. Sewaktu jahiliah kita melakukan beberapa perkara yang tidak syarie kerana kejahilan dan kelemahan sendiri.
Namun, sebaik memasuki fasa Islam, kita mula memahami tuntutan Islam. Kini adik sudah bertaubat dan tidak akan melakukan perkara yang tidak elok seperti dulu.
Perkara yang berlalu biarkan disimpan dalam lipatan sejarah. Tidak payah diungkit-ungkit lagi. Jangan biarkan syaitan membuai perasaan ‘rasa bersalah’ itu.
Bina hidup baru dengan perspektif baru. Jangan ceritakan peristiwa hitam itu secara terperinci. Hal ini akan menyusahkan diri sendiri dan akan mengubah tanggapan tunang kepada adik.Ingatan penting! Jangan sekali-kali adik benarkan tunang sekarang menyentuh atau berpegang tangan dengan adik. Keadaan ini kerana 'pertunangan' tidak menghalalkan pergaulan bebas, apa lagi bersentuhan, sebab belum ada sebarang ikatan yang menghalalkannya.
Adik perlu ingat bahawa jika benarkan perkara itu berlaku dengan tunang ia akan menimbulkan tanda tanya tunang terhadap perhubungan dulu.Dari sekarang adik hendaklah solat sunat taubat setiap kali ada masa terluang.
Mohon kepada Allah supaya mempermudahkan segala urusan. Semoga adik istiqamah mempertahankan mahkota Muslimah.

Dijawab Prof Madya Maznah Daud Pensyarah Syariah Universiti

Pertunangan

Assalamulaikum
Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami.Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.
Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya,mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, Cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.
Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan,eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya.Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.
Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Adasaja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal.Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek,beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.
Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.Begitulah kehendak syariat.
Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”
Bersabda Baginda lagi:
“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja;sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.
Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)
Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka.Katanya:
“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluaskan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan.Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.
Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.
Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun,pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.
Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan/”
Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:
“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.”
Wassalam

Sunday, January 11, 2009

Cinta Vs Suka

salam~~

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata.
Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Fikirkan lah..Sy dah rase..huhu

wassalam

Kertas Resepi Ada Pada ku (LAWAK)

Pada suatu hari juha telah membeli sekilo hati lembu.Dalam perjalanan pulang dari pasar die telah bertemu dgn salah seorg temanya lantas dia pun bertanya.

"Bagaimana hendak memasak hati lembu ini wahai juha?Jawab juha"ah senang saja,masak sepeti biasalah!"Berkata si teman" "xsedap la mcm tu!

Xapalah aku akan menunjukan kpd kamu satu masakan yg sedap sekali sesuai utk memasak hati lembu ini."berkata si teman"

kata juha"kalau begitu kamu tulis lah di kertas takut lupa nanti.Si teman pun menuliskan satu persatu resepi umtuk memasak hati lembu tersebut.Setelah selesai dia pun menyerahkan kepada juha.Juha pun memasukan kertas tersebut kedalam poket bajunya seraya meminta diri.

Bila Mana juha mahu hampir sampi kerumah tiba2 dtg seekor burung helang lalu menyambar bungkusan hati lembu dari tanganya dan terus di bawa terbang jauh. juha tidak tekejut bahkan dia ketawa berdekah-dekah sambil berkata dgn geli hati:

"kah!kah!kah! wahai burung helang mcm mane kamu nak makan hati lembu itu,sbb kamu tidak akan dapat masakanya sbb kertas resepi utk memasaknya ada padaku"

Rukun Mengerjakan Solat Jenazah

Assalamualaikum...

Maaf kalau sy xde kate2 mukaddimah untuk solat jenazah ini...
Sy memohon maaf sekali lagi kerana bacaan niat sy tulis dalam tulisan rumi...sbb tulisan jawi sy xde..insyaAllah jika ade sumber untuk tulisan jawi sy akan paste kan..

Solat jenazah ini tidak mempunyai rukuk dan sujud..tidak memakai azan dan iqamat

1. Berniat mengerjakan solat jenazah dgn 4 kali takbir,meghadap kiblat,sedagkan lafat niatnye adalah seperti berikut :-

bagi mayat lelaki

usolli ala hazihilmayti arbaa takbirotil fardukifayah imaman(ma'muman) lillahitaala.

bagi mayat perempuan

usolli ala hazihailmaytati arba'a takbirotil fardukifayah imaman/ma'muman lillahitaala..Allahuakbar

maksudnya :- aku berniat solat mayat ini 4 takbir fardu kifayah kerana Allah Taala

2. Setelah takbir ratulihram yg pertama kemudian membaca surah Al-Fatihah

3. Takbir yg kedua membaca selawat keatas nabi seperti berikut :-

Allahumma solliala muhammad

maksudnya :- ya allah berilah selawat atas Nabi Muhammad s.a.w

4. Dan takbik yg ketiga smbil membaca doa yg berikut

Allahumag firlahu (ha) warhamhu(ha)wa'afihi(ha) wa'afua'anhu

maksudnya :- ya allah ,ampunilah dia berilah rahmat dan sejahtera dan maafkan lah dia

5.Kemudian takbir keempat terus berdoa sebagai berikut

allahhumma tahrimna ijrohu (ha) wataftinna ba'adahu(ha) wagfirlana walahu(ha)

maksudnya :- ya allah jgn lah kiranya pahalanya tidak sampi kepada kami,dan jgn lah engkau memberi kepada kami fitnah sepeniggalannya dan ampunilah kami dan ampunilah dia.

Untuk lebih sempurna dah lebih lengkap baca doa berikut

allahummala tahrimna ajrohu walaftinna ba'adahu wagfirlana walahu walahwaninallazinasbaku nabil imani walataj'alfikulubina rillalillazi naamanu robbana innakarou furrahim

maksudnya :- ya allah jgn lah kiranaya pahala tidak sampi kepada kam,dan jgn lah engkau memberi kami fitnah sepeniggalanya,dan ampunilah kami dan dia,dan bg saudara2 kita yg mendahului kita dgn iman ,dan jgn lah engkau menjadikan kesusahan hati kami dan bagi org2 yg beriman.Wahai tuhan kami sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha penyayang.

6. Kemudian salam sambil toleh kekanan dan kekiri dgn ucapan seperti berikut

Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh

maksudnya :- keselamatan dan rahmat Allah semoga tetap pada kamu sekelian.

Makmum wajib mengikut imam dalam takbir,maka jika makmum ketinggalan pada salah satu tabir sehingga imam telah takbir lagi,maka batallah solat makmum tadi..

Alhamdulillah selesai..sy mohon maaf jika ejaan dalam niat setiap takbir ade tesalah tolong2 la tegor ye..InsyaAllah..

SOLAT JENAZAH SELOK2 NYA DARI KELUARGA SENDIRI

Assalamualikum...

Disini sy ingin berkongsi sedikit pengetahuan dgn saudara,saudari yg melayari blog sy ni...Sebut tentang JENAZAH ialah hari dimana kita telah pun meniggalkan alam nyata dan pergi kealam akhirat...sy x cite pasal akhirat sbb sy rase ka blog ni dah ade..anda boleh bc lah insyaAllah..

Disni ape yg sy nak bg tau..ialah menguruskan jenazah...ape yg kite lihat sekarag kebanyakan jenazah diuruskan oleh imam ustaz yg berpengalam..dan juga di bantu oleh saudara mara,sahabat handai..tp sy x cite care2 cmne nak uruskan..jgn pelik ayat sy ni..

Ape yg sy ingin ingakan kepada kita sume..Jenazah dr keluarge kita sebaik2 nye di IMAM kan oleh dari kalangan keluarga kita sendiri..ape yg kita lihat sekarang..kebanyakan jenazah dari keluarge kite di imamkan oleh imam atau pun bilal...xsalah imam tau bilal atau org berilmu jd imam..kene paham maksud sy ni..se elok2 nye..mane sanak saudara kite..kadang2 tu sy sendiri lihat sedaremara kite,kadang2 ayah,anak,suami kepada jenazah itu tidak mengikuti solat jenazah..ya allah..kenape perkara ini boleh berlaku..fikirkan lah sejenak..kadang2 tu yg datang ziarah MasyaAllah cukup ramai..beratus org..Tp bile sampi solat Jenazah..10 org..ape yg berlaku zaman skrg..

Adakah mereka tidak tahu Solat jenazah??ya Allah..islam itu Mudah..pelajarilah..InsyaAllah selagi kite mencari ilmu,Allah akan sentiasa membantu kita..

Bile sy fikirkan balik..Dimana perginya seorang SUAMI untuk jenazah ISTERINYA..Dimana perginya seorang AYAH untuk jenazah ANAK2 nya..Dimana pergi ANAK2 untuk jenazah IBUBAPANYA..Dimana pergi ABANG2 untuk jenazah ADIK2 nye...Dimana pergi ADIK2 nya untuk jenazah ABANG dan AKAK2 nya...

Jika kita sudah berkhwen ajarkan lah anak2 kite solat jenazah..tak susah pun..

InsyaAllah sy akan post kan cara2 solat Jenazah..

sy mengikatkan diri sy dan Anda semua..Fikirkan lah..jika kita jenazah itu..memang x salah imam atau bilal mengimamkan jenazah keluaga kite..tp seelok2 nye kite..fikir2 lah sejenak...

Jika sy ade tersalah kata sy mohon maaf..minx tegor2 lah ye..sy ni pun daif lg..byk yg xtau lagi..yang baik sume dari Allah segala kekurangan sumenya dari sy..

Wassalam..

Saturday, January 10, 2009

ALLAH TEMPAT MEMINTA PERTOLONGAN

"mintalah kamu dari Allah dari anugerahnya.Sesungguhnya Allah senang untuk diminta...dan selanjutnya."(HR Tirmizi dan Abu Nu'aim)

ade ayatnye tp sy xtau cmne nak taip kat keyboard ni..

Dari Abi Dzarrin r.a dari Nabi s.a.w bahawa diceritakan dari Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi(hadis Qudsi),Allah Berfirman yg bermaksud

Wahai hamba ku..sesungguhnya aku mengharamkan atas diri kamu menganiaya hambaku dan aku megharamkan pula untuk di perlakukan diantara mu,maka jgnlah kamu slaing menganiaya.

Wahai hamba ku..semua kamu adalah sesat kecuali org2 yg ku beri pertunjuk ku,maka mintalah pertunjuk ku ,agar kamu mendapat pertunjuk ku..

Wahai hamba ku..sesungguhnye kamu adalah lapar.melainkan org yg kuberi makanan.Maka minta lah makanan pada ku.Aku akan memberi mu Makanan.

Wahai hamba ku..kamu semua telanjang,melainkan org2 yg ku berikan pakaian.Maka mintalah pada ku pakaian.agak aku memberi pakaian kepada mu.

Wahai hamba ku..sesungguhnya kamu membuat kesalahan di waktu malam atau siang,sedagkan aku yg mengampukan dosa2 kamu.Maka mintalah ampun kepada ku ,maka aku akan mengampunkan dosa2 mu.

Wahai hamba ku..jika org2 yg terdahulu dari kamu dan org2 yg selepasmu,baik manusia atau jin yg kesemuanya berhimpun di atas seorang yg paling takwa di antara mu.semuanya tidak akan menambah kerajaan ku sedikitpun.

Wahai hamba ku..jika org2 yg terdahulu dari kamu dan org2 yg selepas kamu, baik manusia atau jin yg semuanya berhimpun di atas org yg paling jahat di antaranmu..semua tidak kan merugikan kerajaan ku sedikitpun.

Wahai hamba ku..jika org2 terdahulu dari kamu dan yg kemudian,baik manusia atau jin,berdiri tegak di tempat yg satu sambil semuanya memohon kepada ku ,lalu semuanya ku tunai kan segala permohonanya.mereka tidak akan mengurangi ape yg ade pada ku.seperti ape yg dikurangi seperti sebatang jarum yg dicelupkan kedalam laut.

Wahai hamba ku..sesungguhnya itulah segala amalanmu yg akan kuhitung,lalu ku penuhi amalan mu itu..barang siapa yg memperolehi kebaikan ,hendaklah die memuji Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi dan barang siapa yg memperolehi selain itu(keburukan),maka jgn memcela melainkan dirinya sendiri." (HR Muslim)

CARA-CARA SOLAT ISTIKHARAH

Solat sunat dua rakaat seperti biasa,tetapi yang berbezanya cuma sama ada ditetapkan surah apa yang patut dibaca atau tidak.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam-imam Mazhab:a. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab(sunat) setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun di dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas di dalam rakaat kedua.b.

Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.Oleh itu terpulang pada individu untuk membaca surah mana-mana pun.Bila masanya perlu membaca doa yang diajarkan Nabi dalam solat Istikharah.Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra mengatakan:"Boleh berdo'a di dalam solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan berdo'a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam masih di dalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.

"Doanya begini:

اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بهِ

Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya'"(HR Bukhari)

Setelah membaca doa ini,hajatkanlah apa yang diinginkan.

CINTA SEBENAR

cinta sebenar, hanya Kerana Allah Swt.

Allah telah berfirman dalam surah Az Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :
"orang2 yang akrab saling kasih-mengasihi pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain,kecuali orang2 yang bertaqwa"disini biar saya terangkan apa yang tersirat dalam ayat tersebut iaitu pasangan yang bercinta bukan berlandaskan ketaqwaan kepada ALLAH SWT ,

maka keduanya akan saling bermusuhan kelak diakhirat yang menanti apalagi jika cinta keduanya berbunga maksiat kecil mahupun besar..mereka nanti akan berseteru di hadapan pengadilan

ALLAH SWT jadi jika kita mengimpikan sebuah cinta yang kekal hingga ke akhirat sana,hindarilah maksiat dan dosa dalam percintaan tersebut..

ALLAH SWT juga telah mengingatkan kita dalam firmanNya yang bermaksud :
"dan kami jadikan kamu berpasangan" (An Naba',ayat 8)

TETAPI....!!!!!"...janganlah kamu mendekati zina" (Al Israa,ayat 32 )bagi kaum muslimah yang mengimpikan seorang lelaki yang soleh sebagai peneman hidup,ingatlah

ALLAH SWT telah berfirman dalam surah An Nur ayat 26 yang bermaksud "..perempuan2 yang baik adalah untuk lelaki2 yang baik...

"jadi kepada para nisa2 sekalian,marilah kita sama2 memelihara maruah diri kita disamping berusaha untuk menjadi seorang wanita solehah kerana sesungguhnya wanita itu adalah hiasan dunia dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah..

Friday, January 9, 2009

AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

PENULIS: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada makcik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”.

Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:

“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

KISAH TELADAN (LAWAK)

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.
" Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.
" Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian Sahaje…

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...

RENUNGAN BERSAMA

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

" Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."*

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama .

.DOA IKAN NUN============

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

LUASNYA NERAKA

ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah.... Ya Allah... takutnya... bacalah sampai habis.. sekejap je.. x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .:

Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.
" Jawabnya: "Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh..

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

" Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?
" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
" Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?
" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?
" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a..w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

KISAH CERMIN (LAWAK)

Ini kisah sepasang suami isteri orang asli
yang tinggal di dalam hutan. Rumah diorang ni dibina di atas
pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan
di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buahan
hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.
Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang
mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka di siasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya..
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je
bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni
tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang

perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangis la dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..
Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

KISAH SEORANG PENJUAL TEMPE

ASSALAMUALAIKUM...
bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapatmenandingi kekuasaan Allas swt..amin

kisah penjual tempemoga menjadi iktibar.Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumberpendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempeyang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siapuntuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belummenjadipastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkaraajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat keduatangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacangsoya ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Diasangatyakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuantuaitu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diapunmembuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetapkacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurangjelasdidengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula danberdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah matapencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabilatempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggisudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidakkecewaatas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannyaygsangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barangjualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhandan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabilasampai di pasar kesemua tempenya akan mas ak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannyakepasar.. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannyauntuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlahkeajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia punberangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalamhatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinyabetul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Denganhatiyg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan denganjarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya.Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketikalalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikitkecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cumaduduksahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawatiadaorang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara ituhari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudahmula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe merekasudahhampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapikenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepadaAllah,pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itudiatidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempekuyang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belummenjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untukmencarinyatapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pingaseketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidakpernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat diaberdoadi dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadilagi.
Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daunpenutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benartempenyamasih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur padaAllah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapahendakmembeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkankeEngland, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supayaapabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalaudikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudahtidakelok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktuberdoa,padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan danapayang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kitasebagaihambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuaidenganrancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agarkebaikanboleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat