Tuesday, March 17, 2009

Wahai Lelaki....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun
Ada yang tidak rela meng
akuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jik
a terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju


Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar


Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....


email dari melz

Friday, March 13, 2009

Rokok oh Rokok

Video yg perlu di tonton...

video


InsyaAllah dgn video ini dapat la pengajaran kepada perokok2 skrg..sedar lah..

wallahualam

Sunday, March 8, 2009

Sambutan Maulidur Rasul, taati sunnah antara bukti golongan kasihkan nabi

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

SETIAP tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari itu yang dikenali sebagai Maulidur Rasul seperti perarakan, upacara marhaban dan ceramah.

Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Saban tahun apabila muncul 12 Rabiul Awal akan timbul juga polemik mengenai sambutan itu sama ada sunnah atau bidaah.

Pihak yang tidak bersetuju dengan sambutan Maulidur Rasul menyatakan ia termasuk amalan bidaah kerana tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi SAW, sahabat atau zaman salafussoleh.

Malah, imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad juga tidak pernah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul hingga timbul persoalan adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad SAW seperti generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan itu.

Mereka yang menyokong sambutan itu beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan bertujuan mengagungkan baginda serta mencerminkan kasih sayang kepada baginda. Apatah lagi tidak ada larangan khusus daripada Allah serta Rasul-Nya.

Menyambung polemik mengenai sambutan Maulidur Rasul bukan isu kerana yang penting ialah bagaimana tata cara sebenar untuk membuktikan kasih sayang serta keagungan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting serta mendasar kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).” (Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW memiliki ciri tertentu antaranya :

1)Mentauhidkan Allah.

Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

2) Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya.

Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita.

Ibnu Mas’ud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Untuk merealisasikan makna mencintai al-Quran hendaklah kita mempelajari dan memahami isi kandungan dan beramal dengannya serta menyebarkan pengajaran yang terkandung dalamnya kepada seluruh umat manusia.

3) Mentaati Sunnah Nabi SAW.

Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

4) Menyebarkan sunnah Nabi SAW.

Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

5) Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

6) Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW.

Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda.

7) Membenci orang yang dibenci Nabi SAW.

Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

8) Membela Nabi SAW daripada serangan golongan munafik.

Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam Allah serta sunnah baginda sedang hebat diperlekehkan kelompok munafik.

Oleh itu, tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW adalah membantah hujah golongan itu dan membela baginda dengan memberi penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu batil yang dibangkitkan musuh Allah itu.

Demikianlah antara tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad SAW. Jelas di sini mencintai Nabi SAW bukan satu perkara yang datang hanya setahun sekali. Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika oleh seluruh umat Islam.

Wednesday, March 4, 2009

Keluarga Bahgia..

Assalamualaikum..

Emm..terase pulak hati ini nak berkongsi tentang keluarga bahagia apebila mendapat ilham dari seseorng.Untuk mendapatkan keluarga bahagia tidak lah sukar mane pun.ape yg penting tye diri sediri.yakin kan diri.Solat jgn la tinggal.

pagi2 tu bagi la kucupan mesra tuk pasanagn
..xsalah pun..itu salah satu untuk bahagia..kerana dgn itu pasangn akan dapat merasekan diri ni di hargai,disayangi.

Nak tambah lagi.kalau boleh tu kenyit2 la mate sekali sekale,nyanyi tuk die ke,gurau sende.jgn la asik bengis je muke balik keje..ceria2 sikit.

Pernah ke kite bertnye pasanagn apakah yg boleh buat untuk membahagiakan die?tepuk dade tye selere.

Ape2 pun berdoalah kepada Allah untuk pasangn dan anak2,memohon untuk kebahagian rumah tangga,keharmoni dalam hidup insyaAllah.firman Allah"Mohon lah kepada aku,nescaya akan aku kabul kan"
Tips Rumah tangga becirikan syurga

1.Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.

2.Penghayatan agama yang berterusan.

3.Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejah
tera dan aman damai.

4.Perlu adanya pengukuhan ekonomi.

5.Komunikasi yang cemerlang.


6.Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.

7.Suasana rumahtangga yang selesa.

Tips komunikasi keluarga cemerlang

1.Berkongsi melakukan tugasan di rumah

2.Berbincang dalam membuat perancangan sesama
ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga

3.Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.

4.Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.

5.Makan malam bersama.

6.Beribadah secara berjemaah.

7.Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.


Tips komunikasi menigkatkan kearah kasih syg berkekalan

1.Berkongsi impian dan tugasan di rumah.

2.Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.


3.tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.

4.Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.

5.Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.

6.Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.

7.Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.

8.Berterus terang mengena
i perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.

9.Memahami kepentingan hubungan seks.

10.Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

Tips komunikasi cemerlang pasangan suami isteri.


1.Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.

2.Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.


3.Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.

4.Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.

5.Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati

6.Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.

7.Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.

8.Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.

9.Ucapkan terima kasih atas setiap khid
mat yang diberikan oleh pasangan.

10.Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan ke
mas seperti baru berkahwin.

Dgn tips2 ini..InsyaAllah dapatlah keluarga bahagia..