Wednesday, February 18, 2009

Teman Tapi Mesra

Assalamulaikum...

Teman tapi mesre..pun mcm tajuk lagu..hehehe..ni yg sering di sebut2 oleh remaja zaman sekarg..yg teman tapi mesre ni golongan remaja bukan laki ngn laki,wanita ngn wanita...tp lelaki dan wanita..paham x?xpahm? xpe2..meh kite tgk hurainya yg sy bc dari harian metro..


Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.

Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.

Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu

Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

“Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah.”

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina.”

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.

Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.

Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.

“Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.

“Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama,” katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau ‘dating’ boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.

Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.

Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu. Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan. Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.

Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: “Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka).” Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.

“Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.

“Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam,” katanya.

ha..camne?phm?kalau x paham lagi..bc lagi..wahaha..suke2 je aku ni..Fikirkan lah remaja..bereape kali nak ckp..xmampu..relax dulu..wahaha..ok..renung2kan dan selamat beramal..Ihsan dari harian metro..

Monday, February 16, 2009

Kahwin Untuk Apa??

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda,
‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’
Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah.

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?
Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah.

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah.

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.

Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?
Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.

Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.

Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.


Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Ciri-Ciri Calon Suami

KASIH manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

1)Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2) Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

3)Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

4)Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

5)Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6)Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7)Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8)Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9)Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

10)Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Sunday, February 15, 2009

Tafsir Mimpi

Assalamualaikum....

Tafsir mimpi..Emm..bile sebut pasal mimpi..tentu kite sume penah mimpi..mimpi baik..mimpi buruk..

Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan kabar gembira dari Allah. Mimpi yang menyedihkan berasal dari setan, dan mimpi yang datang dari obsesi seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan maka hendaklah dia bangun lalu shalat dan tidak menceritakannya pada orang lain.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang menakutkan berasal dari setan. Barangsiapa mimpi yang tidak menyenangkan maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan berlindung diri kepada Allah dari setan, maka mimpi tersebut tidak akan membahayakannya”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

hadis di atas ni..kite boleh membuat sejumlah kesimpulan..

1. Mimpi boleh terjadi kerana suatu obsesi. Obsesi tersebut begitu kuat dalam ingatan kita sehingga muncul dalam mimpi. Misalnya, seorang pemuda yang terobsesi menikahi sesorang, terlalu sgt dia bermimpi menikah atau bertemu dengannya. Ini adalah mimpi yang bersifat fitriah atau alamiah.

2. Bermimpi yang baik. Mimpi ini datangnya dari Allah, kita wajib mensyukurinya dan boleh menceritakannya pada orang lain sebagai wujud rasa syukur.

3. Mimpi buruk atau menakutkan. Mimpi ini datangnya dari syaitan. Kita wajib berlindung diri pada Allah, bahkan kalau memungkinkan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan jangan menceritakannya pada orang lain –kecuali kalau ingin mengetahui tafsir mimpi tersebut. Sebab kalau kita menceritakannya, syaitan akan merasa senang kalau gangguannya itu menjadi bahan pembicaraan manusia.

yg 3 ni hanye kesimpulan sj..bukan tafsiran ye...sbb ape..kang tesalah cakap pk sy tafsir lak..rami yg sekarg ni kite tgk org buat tafsiran tentang mimpi..kalau ade tafsiran berdasarkan hadis dan Al-Quran boleh la caye..kalau xde cmne??Boleh ke kite tafsir sendiri?

Mari kita becermin pada sejarah. Nabi Yusuf a.s. pernah mentafsirkan mimpi dua orang tahanan ketika ia dipenjara bersama mereka dan juga mimpi seorang Raja Mesir. Abu Bakar merupakan orang yang pandai mentafsir mimpi. Ini membuktikan bahwa mentafsir mimpi dibenarkan dalam ajaran Islam, namun kriteria seorang pentafsir mimpi sangat jauh dari mudah.

Seorang pentafsir mimpi haruslah orang yang jujur (shidiq), cerdas, cerdik, dan suci dari perbuatan keji. Ia harus mengerti tentang Kitab Allah dan sunah Rasulullah dan ia pun harus paham benar ilmu mentafsir mimpi. Ini sejalan dengan apa yang diungkapkan Imam al-Gazali yang menyatakan bahwa fungsi roh sebagai penangkap isyarat Ilahi bagaikan cermin. Dia boleh memantulkan cahaya. Orang yang sidiq merupakan cermin yang paling bersih dan paling bening di mana cahayanya tidak terdistorsi sama sekali. Jadi, dia boleh menangkap isyarat tersebut.

Untuk menjadi seorang penafsir mimpi, ada beberapa etika yang harus diperhatikan, di antaranya adalah menggembirakan saudaranya ketika ia menceritakan mimpinya.tidak menyebarkan mimpi tersebut kerana itu merupakan amanah,tidak mentafsirkan dengan tergesa-gesa, jika tidak memungkinkan dirinya mentafsir mimpi tersebut, jangan ragu untuk melimpahkan kepada orang yang lebih tahu (berilmu) dan jangan merasa berat melakukannya, memperlakukan pelaku mimpi secara berbeza, maksudnya tidak mentafsirkn mimpi raja seperti mentafsirkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeza kerana perbezaan kondisi pelakunya dan sebagainya.

Sekarang ini terlalu banyak orang yang secara sembarangan mentafsir mimpi. Di antara alasan keberanian mereka adalah adalah
(1) lemahnya keimanan.
(2) lalai dari kehidupan akhirat.
(3) cinta kemayhuran.
(4) kurangnya ilmu.

Dari syarat-syarat yang dikemukakan di atas, tak heran jika ada sebagian masyarakat yang mengharamkan penafsiran mimpi kerana dikhawatirkan akan terjebak pada kemusyrikan. Pun dalam buku-buku tafsir mimpi, tidak disebutkan secara gamblang tafsiran tersebut. Dalam satu mimpi saja, seorang pentafsir boleh megartikan mimpi tersebut menjadi beberapa arti dan tidak ada jaminan mana yang benar. Bahkan mereka pun menganalogikan mimpi tersebut sebagai ramalan cuaca. Kita boleh mengantisipasi cuaca, namun tidak pasti kerana Allah yang menentukan.

Wallahu a’lam

Thursday, February 12, 2009

Doa Untuk Kekasih

Salam

Emm..mcm tajuk lagu la pulak doa untuk kekasih..aduyai..Tp Mane2 la yang dah jumpe pasangan tu..buat2 la khwen..Xde duit??aduyai..becinta kuar makan same2 ade lak duit..ala RM 22.50 je..xkan la xde??Ape nak buat kenduri n Duit Hantaran??Ape susah kongsi2 la..wahaha..Cari sponser ke..suke2 ati aku je..hehehe..

Dari Abdullah r.a katanya..Rasulullah S.A.W bersabda
"hai para pemuda!siapa2 di antara kamu telah sanggup memikul tanggung jawab berumah tangga,maka kahwinlah!kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa).Siapa yang belum sanggup hendaklah dia puasa,kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu birahi"

Mane2 yang becinta tu..hentikan lah..kalau dah jumpe pasangn tu xbeduit..putus dulu..doa..doa..doa dan terus berdoa..

Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya

Ya Allah seandainya telah engkau catatkan..Dia milik ku..Tercipta buatku..satukan lah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagian antara kami..agar kemesraan itu abadi..Dan Ya Allah..Ya Tuhanku yang maha pengasih..seiringkanlah kami melayari hidup ini..ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah seandainya telah engkau takdirkan..dia bukan milik ku..bawalah dia jauh dari pandangan ku..Luputkan lah dia dalam ingatan ku..dan peliharahlah aku dalam kekecewaan..

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti..berikanlah aku kekuatan..Melontarkan bayangan nye jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah..Agar ku bias bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan Ya Allah yang tercinta..Gantikanlah yang telah hilang ..Tumbuhkan lah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Pasrahkan lah aku dengan takdir mu..Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..Adalah yang terbaik buat ku..Kerana engkau maha mengetahui..Segala yang baik buat hamba mu ini..

Ya Allah cukup lah hanya engkau menjadi pemeliharaku..di dunia dan diakhirat..dengkanlah rintihan hambamu yang daif ini..jangan lah biakan aku sendirian..di dunia ini mahupun diakhirat..menjurus aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurnikan lah aku seorang pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..kejalan yang engkau redhai..dan kurnikanlah aku keturunan yang soleh..

Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.


InsyaAllah..doa senjata org mukmin..kalau doa tak dikabulkan jgn mengeluh ye..Sbbnya
1.Belum sampi waktunya
2.kerana tidak baik bagi yang berdoa.
3.Ujian dari Allah.
4.Ditangguhkan sebagai bekal diakhirat..

Semoga mendapat pasangan yang baik2..yang boleh membimbing bukan saja kita..malah anak2 kita nanti..InsayAllah

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnye final projek aku siap gak..Projek aje..repot belum lagi..aduyai..repot2..aritu dah siap tp terbang melayang pulak nth kemane..xpe2.nak bejaye kene la usha lebih sikit untuk mencapai cite2..wahaha..Emm..Agak jem KL arini..tersangkut aku kire2 1 jam...yg paling membosankan bile depan UM..aduyai..xpenahnye kosong..ade je kete berhimpit2..so yang ade niat nak jalan ptg2 depan Um tu..hentikanla...ikut NPE..wahaha..aku lalu jalan situ sbb aku nye projek ade kat pencawang TNB..bkn atas pencawang tu..kalau atas tu keras aku..Tp name banggunan tu..Pintu Utama Pencawang TNB...


Nilah die..4time belaja..Berkawan ngn org2 karen..Tp aku respek kat bro kumpulan aku ni..peh..ketua pomen..Cayalah..Ade gak die ajak keje TNB..tp tula aku ni..Cuci tandas lagi best..wahaha..InsyaAllah ade rezki nak gak aku keje TNB..Dapat TNB Alhamdulillah syukur sgt...Leh gak merantau2 pg negara org...wahaha..


Ape aku merepek ni..aduyai..berkenaan ngn projek aku ni..peh..canggih..Tp tula..dalam2 canggih tu..ade gak masalah td..punye lak cek2 ape masalah..rupenye power x on..wahaha..Aduyai..power x on cmne projek nak runing..aduyai..Dalam kumpulan aku yg keje TNB 2 org..mcm ne power pun leh lupe on..wahaha..kelakar betul..Tp yg penting projek ni berfungsi dgn baik..huhu..Alhamdulillah..

Saturday, February 7, 2009

7 Penyakit Hati

Assalamualaikum....

Bercerita tentang hati..hati ni adalah salah satu tempat dimana bersemayam segala perasan..hehe..betul x?Segala perasaan suka,duka,cinta,benci marah,buruk sangka,ingin dipuji dan byk lagi la..Perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati.

Jika hati dikuasai oleh perasaan positif,amal yg lahir adalah kebaikan.Namun,jika ia dikuasai oleh perasaan negatif,amal yang lahir adalah keburukan.Oleh itu,Rasulullah bersabda..Sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad.Jika ia baik,akan baik seluruh amal manusia.Jika ia rosak ,akan rosak,akan rosak seluruh amalnya.Ketatahui lah ia adalah hati.(hadis riwayat Ahmad)

7 Penyakit Hati :

1) Membanggakan Diri (al-'ujub)

2) Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)

3) Sombong atau Bongkak (at-takabbur)

4) Suka Menunjuk-nunjuk (al-riya')

5) Buruk sangka (su'al-zhann)

6) Kiki atau Bakhil (al-syuhh)

7) Dendam (al-hiqd)

setiap penyakit ade ubatnya..dan 7 penyakit di atas ade ubatnya..apa yg penting azam dan semagat perlu ade untuk mengubati 7 penyakit di atas..

Wallahualam

Thursday, February 5, 2009

Hadis Dan Doa..

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :"
Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai “

Mugkin kite selalu pergi kenduri org khwen kan..hehe..kalau pegi bawak hadiah tu bagus la..tapi lagi indah kalau diiringi dgn doa untuk pasangn mempelai supaya mereka kekal abadi hingga ke anak cucu InsyaAllah..

DOA

Doa 1
Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib



Doa2
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.


Doa3
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.
"~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~


Doa4
" Ya AllahSatukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat


Doa5
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat
"- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Doa6
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa7
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan
“~ Amin Ya Rabbal Alamin ~


Doa8
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


Semoga Doa2 ini dapat membahagiakan Zuajun dan Zaujah hingga ke Anak cucu IsyaAllah..
Selamat Pengantin Baru kepada Rakan2 baru melansungkan Perkahwinan...