Friday, January 9, 2009

KISAH CERMIN (LAWAK)

Ini kisah sepasang suami isteri orang asli
yang tinggal di dalam hutan. Rumah diorang ni dibina di atas
pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan
di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buahan
hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.
Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang
mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka di siasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya..
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je
bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni
tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang

perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangis la dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..
Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

No comments: