Tuesday, March 17, 2009

Wahai Lelaki....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun
Ada yang tidak rela meng
akuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jik
a terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju


Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar


Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....


email dari melz

4 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Hamba Ilahi said...

keangungan seorang wanita apabila menjadi penyeri kepada sang suami.kesetiaan selalunya dibalasi dengan deraian air mata dek keerana angkara insan bergelar suami. adilkah???
jujurnya segalanya akan berbayar di syurga ILAHI.jangan pernah berharap dan berhentri untuk berkhidmat untuk suami kerana ituylah tiket untuk seorang AINUL MARDHIAH.
insaf bila jadi suami nanti....
INSYALLAH doa moga jadi suami mithali...che.

Hamba Ilahi said...

segalanya akan bahagia bila kedua2 belah pihak saling menunaikan hak dan tidak hanya tahu menuntut hak
insaf bila jadi suami org nanti
ma
oga dapat isteri yang sebaik kahdijah walaupun diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.

nice baca entry ni

MentaRi MaLaM said...

salam...
susah nak cari lelaki yang memahami tugas isteri dan ringan tulang membantu isteri