Sunday, August 9, 2009

Ramdhan Datang Lagi

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka
perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan,
manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yan
g mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian
yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih h
arum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.



dari : http://www.ashtech.com.my

Friday, June 26, 2009

Back..Back..Back

Assalamualaikum..

Aduh lame sgt rasenye x bkk,x copy paste kat blog ni..hehe
Arini baru la dapat peluang sbb cuti..mihaha..akhirnye diri ni rase berkejaya gak selepas bertahun2 nak berkejaya x tercapai.Kene pulak baru2 ni semangat baru sampai untuk aku berkejaya..hahaha..

Mak pulak pesan suh cari 3 kunci..naik lagi semangat..1 kunci je baru ade..agak sukar lagi 2 kunci ni..tp x pe.slow2..rase cukup tahun ni dapat la 1 kunci lagi..hahaha..nak tau kunci ape?pk la sendiri..hahaha..

ape nk cite..tulah ade peluang dah bkk xde cite pulak..mungkin sbb aku ni bukan tukang cerita kot..haha..

pape pun 1st Al-fatihah kepada Micheal Jackson yg pulang ke rahmatullah..moga rohnya di cucuri rahmat...sedar x sedar dah 50tahun dah die..tula..ajal maut sume di tangan Allah..xkira muda ke tua ke..dah sampai mase kita kan di panggil.

Mcm baru2 ni..nak kate kawan tu,ye kot..kire bro la die la die ni..baru je jumpe minggu lepas dtg kedai..sedar2 2 hari lepas dah meninggal..kemalangan sbb laju sgt..umur baru je 28..tinggal anak 2 org ngn istri..Al-Fatihah..

Aku ni bile la pulak akan di panggil..Ntahla..1 bulan lepas aku naik kete seorg bro jgk..satria GTI..huhu..memang laju..rase nak tecabut nyawe pun ade..insaf dah aku x nak naik ngn die..haha..tp ni bukan cite nye..kisah nye cmni..dalam kete tu..borak la ngn die..die cite la..kite dalam hidup ni kene ade matlamat..kalu xde matlamat x best..aku pun tnye la.."bang ape matlamat abg?"dgn selambe die menjawab..matlamat hidup aku ni kete..aku nak buat kete aku ni lawo2,laju baru la puas rase..sbb bende ni dapat rase sekali je..nanti dah tua2 xkan nak main kete gak..aku senyum je..dalam hati aku ni..xkan la itu matlamat hidup die..aku pun diam la..biar lah die ngn matlamat die tu..tp jgn la babitkan aku ngn matlamat ko kat atas jalan raye tu..amalan x byk lagi bro..hahaha..khwin pun blom lagi..Tp xpe..aku rase tulah kali petama ngn terakhir aku naik kete die..hahaha..ramai org ckp..die memang laju..kalau die bace ni..beringat2 la bro ye..=)

ape lagi nak bork2 ek..ape la aku merepek2 kat ats tu pun aku xtau..layan kan jela..haha..ape yg penting..bulan ni seronok rasenye..

Kepada kawan2 aku yg khwin bulan ni..tahniah..Matyus kawin gak ko ye,dak poli aku yg kawin bulan 8 ni..haha..agak2 la puase tu..hahaha..bulan 11 n bulan 12 ni kot..tahniah kpd Faiz,aie,azrul shah..jgn buat tarikh same..kang aku x dtg..haha..teng aku dah kecik dah ni..

Dan yg teristimewa..buat Abg aku Muhamad Nor Faizal yg akan nikah InsyaAllah raya haji ke3 nanti..dapat gak aku kak ipar,pastu tahun depan aku jd pakcik..hahaha..rase dah tua la pulak..Selamat pengantin baru pada semua..Jemput semua dtg umah kat Taman Medan bulan 11 nanti..

Cukup la kot sampai sini..pasni x tau lak bile leh bkk..Dan buat akhirnya..Mohon Maaf kalau ade salah silap..Minta maaf bukan hari raye je..hehehe


Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

Salam

Monday, May 11, 2009

Jangan Sombong Dengan Kelebihan Sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

oleh : permatkata

Wednesday, April 15, 2009

Jalan Menuju Bahagia

Salam...
Terima Kasih kepada pengunjung2 blog..Agak lame rasenye x update blog ni..Maklumlah sebuk dgn final projek..Alhamdulillah 95% hampir siap..hehe..InsyaAllah bulan 5 ni ade dah final..huhu..semoge di permudahkan..Melalut pulak..ni sebernya bukan ni tajuk yg nak di bincngkan..hehe..

Jalan Menuju Bahagia

Oleh Dr Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Masjid Nabawy)

Kebahagian hamba terletak pada kesempurnaan penghambaanya kpd Allah.Dan merealisasikan penghambaan itu ialah dgn mengikhlaskan amalan krn Allah dan mengikut petunjuk Nabi S.A.W.Apabila seseorang Hamba melakukan sesuatu amalan sedang ia tidak ikhlas melakukanya krn Allah maka amalanya itu akan menjadi sia2.

Firman Allah S.W.T
Dan kami hadapi segala amal(kebaikan)yg mereka kejakan lalu kami jadikan amal itu(bagaikan)debu yg berterbangan
(Surah Al-Furqaan 23)

Dan apabila ia dalam melakukan amal kebaikan itu ikhlas kerana Allah,namun Tidak mengikut pertunjuk Nabi S.A.W maka amalan itu akan di tolak(dikembalikan) kepadanya.

Nabi S.A.W bersabada
Barang siapa yg memperbuat suatu amalan yg tidak berdasarkan perintah kami,maka amalanya itu di tolak
(HR Muslim)

Dan apabila amalan itu sudah ikhlas (kerana Allah) lagi benar (mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W maka ia akan di terima dan di syukuri.

Firman Allah S.W.T
Sesungguhnya org2 yg beriman dan beramal soleh,bagi mereka Adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal
(surah Al-Khafi)

Wallahualam

Tuesday, March 17, 2009

Wahai Lelaki....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun
Ada yang tidak rela meng
akuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jik
a terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju


Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar


Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....


email dari melz